Soalan Lazim


1. Apa itu ONE?
ONE ialah jenama kepada perkhidmatan mudah alih prabayar yang dimiliki oleh Onetelco Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Dycom Sdn Bhd) yang menggunakan sistem rangkaian Salamfone.

2. Dimana saya boleh mendapatkan SIM Pack ONE?
SIM Pack ONE boleh didapati daripada mana-mana pengedar ONE yang dilantik.   

3. Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi dan Akaun Utama?
Akaun tersebut diadakan bagi memberi ruang penjimatan kepada pelanggan ONE. Dengan ini, pelanggan boleh merancang perbelanjaan tambah nilai bagi menikmati kadar rendah berterusan yang ditawarkan pada Akaun Dedikasi. 

4. Dimana saya boleh dapatkan tambah nilai ONE?
Tambah nilai boleh dibeli daripada pengedar-pengedar ONE, kedai-kedai 7Eleven, stesen-stesen minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, BHP, Caltex dan Esso, perbankan internet seperti CIMB 'Click" dan RHB 'Now', pasaraya Tesco dan Parkson dan mana-mana kedai terpilih yang menggunakan terminal ePay. Sila sebut tambah nilai Salamfone ketika membeli selain daripada pengedar ONE.

5. Apakah denominasi tambah nilai yang terdapat?
RM5, RM10, RM20, RM30, RM40, RM50 dan RM100. Sila pastikan anda merancang pembelian denominasi bagi memenuhi keperluan telekomunikasi anda.

6. Adakah pelan data (internet mudah alih) ONE menyokong semua jenis alat peranti dan telefon pintar?
Buat masa ini, pelan data ONE menyokong hampir semua jenis alat peranti dan telefon pintar. Sila pastikan anda membuat tetapan yang betul. Walaubagaimanapun, hanya telefon berjenama 'Blackberry'  sahaja yang masih tidak dapat menyokong penggunaan pelan data ONE. 

7. Bolehkah saya melanggan ONE dengan mengekalkan nombor sedia ada?
Ya, boleh.   

8. Dimanakah letaknya kredit termuat RM5 pada SIM Pack dan berapa lamakah tempoh aktif jika saya tidak membuat sebarang tambah nilai?
Kredit termuat RM5 terletak di dalam Akaun Utama. SIM kad anda akan aktif selama 30 hari tanpa membuat sebarang tambah nilai dari tarikh pengaktifan dibuat.

9. Bagaimanakah saya menggunakan SMS percuma?
SMS percuma boleh digunakan kepada nombor-nombor di rangkaian sama (ONE,Salamfone & Maxis) termasuk 5 nombor ONE yang tersenarai di dalam Famili & Rakan ONE. Kadar rendah atau biasa (bergantung kepada baki kredit Akaun Dedikasi/Utama) bagi SMS dikenakan selepas kehabisan kuota SMS percuma.   

10. Adakah saya layak mendapat kadar Famili & Rakan ONE jika tiada kredit di dalam Akaun Dedikasi?
Ya, anda tetap menikmati kadar Famili & Rakan ONE walaupun menggunakan baki kredit di dalam Akaun Utama.



Hubungi saya sms/ whatsup untuk sebarang pertanyaan @ temujanji ADY di talian 019-7755957

Tiada ulasan:

Catat Ulasan